Sunday 10 February 2013

Langit Menangis

Salam di hulur pembuka kata ,
Pada yang sudi sila lah , jawab ..
hehehe .. 


Hari ni 11/2/2013..
tinggal beberapa kerat je lagi aku nak menghabiskan sisa-sisa cuti yang diberi oleh kerajaan USIM .. huhuhu ..:)


Alhamdulillah , bangun pagi dikejutkan dengan titis-titis air dari langit menitis dari hujung-hujung atap rumah, bukan apa bersyukur sangat dengan nikmat kurniaan Allah ini.




Firman ALLAH yang bermaksud:"Dan DIA telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepada-NYA. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu hitungkan. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah" ( Ibrahim: 34 )

Bagaimana Menambah Nikmat Allah ??

Nikmat itu terbahagi kepada 3 :


1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba


2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba


3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya


Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.


Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan. Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.

Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya  jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.


Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya.


Wallahualam .. 


Thursday 22 March 2012

KeLebiHan wanitA soLehah

Salam..
ape khabar iman kita hari ini???
hopefully masih teguh lagi...





hari ni cheq nak berkongsi dgn hangpa semua tentang kelebihan2 wanita solehah..
DIsini ada 25 kelebihan wanita solehah...


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil (kalau dia bersolat)
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11.Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala7 tola perak.
23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



22/3/2012
7.48 pm
at my room..:P